Thursday, March 12, 2020

Apakah Insan Cemerlang?

Insan cemerlang tidak hanya diukur dengan pencapaian akademik malah juga melalui akhlak yang terpuji. Akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika, dan adab. Setiap Muslim ditegaskan supaya menghayatinya kerana insan cemerlang ialah orang yang paling baik akhlaknya. Malah pencapaian akademik seseorang insan perlu bertunjangkan akhlak yang terpuji. Memahami maksud kecemerlangan dapat membantu individu untuk mencapai kecemerlangan. Oleh itu sebagai pelajar, adalah perlu untuk pelajar mengetahui dan memahami bagaimana belajar dengan betul dan berkesan. Keberkesanan diukur melalui pencapaian dalam peperiksaan dan kefahaman pelajar tentang matapelajaran yang dipelajari.

Teknik pengeluaran maklumat

Pengenalan tentang buku Insan Cemerlang 2018

Contoh Skema markah Sejarah untuk soalan Bab 1 hingga 4 tingkatan 1 dan 2 serta bab 1 tingkatan 3

Friday, February 28, 2020

Pengenalan tentang Program Penggunaan Minda Secara Optimum (PPMSO)

Soalan kenali cara belajar




Kepentingan mengetahui fungsi otak sering diremehkan oleh pelajar, sedangkan itulah cara yang termudah untuk memahami diri dan potensi minda sebelum kita dapat mencapai  kejayaan dalam pembelajaran.

Bagaimana mengetahui fungsi otak kita?

Dari segi psikologinya anda harus memahamkan diri anda dan mendidik minda separuh sedar anda bahawa jika anda memikirkan masalah anda sekarang dan bersusah hati kerananya.  Masalah itu dapat diselesaikan ke? Tidak bukan? Jadi kenapa perlu susahkan diri memikirkan masalah, kenapa kita masih tidak mahu fokus dengan apa yang sepatutnya kita hadapi ketika itu.  Ketika ini, anda seharusnya memikirkan dan menghadapi kerja atau pelajaran yang dihadapi.  

Cara dari segi fizikal, sambil duduk atas kerusi, lelap atau pejamkan mata supaya memudahkan minda berada dalam gelombang α (alpha) = rehat.  Tarik nafas dengan sepuas-puasnya kemudian lepaskan perlahan-lahan.  Buat seperti ini sebanyak empat atau 5 kali.  Bebaskan ketegangan otot pada bahagian muka, bahu, dan anggota badan yang lain.  Apabila beristirehat seperti ini badan menjadi sihat dan minda menjadi lebih bersedia, cergas dan seimbang.

Membebaskan minda dari gangguan bukan bermaksud berhenti daripada berfikir.  Tetapi menghilangkan secara perlahan-lahan segala perasaan yang mengganggu fikiran.  Pada masa seseorang itu dalam keadaan beristirehat itu, ia boleh membuat latihan penggambaran cara yang mudah.

Antara latihan itu termasuklah yang berikut:
· Membawa minda ke suatu tempat pemandangan yang indah dan menyeronokkan seperti yang telah dinyatakan dalam bahagian penggambaran cara.
· Membilang nombor bulat dari satu hingga sepuluh.  Setiap kali bernafas bilang dalam hati suatu nombor.  Dengan cara perlahan-lahan teruskan membilang dari nombor satu ke nombor sepuluh.  Kemudian bilang cara menurun dari nombor sepuluh hingga ke nombor satu.  Sambil membilang itu, pisahkan daripada ingatan dengan cara beransur-ansur perasaan yang mengganggu minda dan tumpukan perhatian anda kepada nombor yang sedang dibilang.
· Berzikir dengan nama Allah yang mulia (asma-ulhusna) (rujuk lampiran).  Sambil berzikir mengikut alunan nafas cuba menghayati maknanya sambil membuat penggambaran cara tentang kekuasaan Allah.  Alunan irama suara yang disebut, didengar, dan dilihat dalam hati atau minda mempunyai kuasa untuk ketenteraman dan kerehatan jiwa atau minda.  Dengan cara begini merangsangkan otak kanan agar berfungsi dengan cergas.